|
|
| Saturday, 4-Aug-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ziarah ke Tahfiz di Damansara Damai
|
|
BAKIT Helwa telah mengadakan Lawatan ke Sekolah Tahfiz di Damansara Damai seperti berikut:
Alamat: Maktaban Al-Quran Darul Iman, Masjid Al Muhtadin, PJU10/1D, Damansara Damai
Bilangan pelajar: 35 orang
Tarikh: 4 Ogos 2007
Waktu: 10pagi
Agenda: visit + makan-makan bersama ('potluck' )
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-May-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ZIARAH NUUR QISTINA
|
 |
|
bertolak dari Menara TM pkl 7.07pm
|
|
 |
|
naik erl ke Putrajaya
|
|
 |
|
umamah as a driver dari putrajaya ke tmn kajang mewah
|
|
 |
|
qistina br bgn tido
|
|
|
| | View all 15 photos... |
|
Qistina Hayani Binti Nazrol Hafiz adalah anak kepada pasangan Sunarti Mohd Shukor (OSS, TMRND) dan Nazrol Hafiz Nazlan, berusia 6 bulan dan disahkan mengidap Hepatoblastoma - sejenis kanser hati untuk kanak-kanak yang jarang berlaku.Jumlah keseluruhan kos rawatan dan surgeri berjumlah lebih RM100 ribu. Sumbangan ikhlas amat diperlukan bagi menampung kos pembedahan yang akan diadakan lebih kurang sebulan lagi.
Ketika ziarah kami tempoh hari, Adik Qistina baru sahaja selesai menjalani kimo untuk kali ke 2 pada hari Khamis, 24/5/2007. Beliau perlu menjalani 2 kali kimo lagi sebelum pembedahan dijalankan.
Bagi sesiapa yang ingin terus menghulurkan bantuan boleh masukkan ke akaun Maybank Nazrol Hafiz - No Akaun 154017298056 dan lawat http://www.qistina.org/about website untuk maklumat lanjut.
"For those who give in Charity, men and women, and loan to Allah a Beautiful Loan, it shall be increased manifold (to their credit), and they shall have (besides) a liberal reward."
(Al-Hadid: 18)
"And spend something (in charity) out of the substance which We have bestowed on you, before Death should come to any of you and he should say, "O my Lord! Why didst Thou not give me respite for a little while? I should then have given (largely) in charity, and I should have been on of the doers of good."
(Al-Munafiquun: 10)
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Feb-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lawatan ke Yayasan Nurul Iman, Manjoi Perak
|
|
Satu program lawatan dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin Yayasan Nurul Iman, Kampong Manjoi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan telah di adakan oleh BAKIT HELWA Ibu Pejabat dengan kerjasama BAKIT Negeri Perak. Aktiviti mulia ini di hadiri oleh Pengurus Besar TM Perak, Mohd Ali Nordin bersama sama Dr Faridah Maarof selaku Ketua Bakit Helwa serta beberapa muslimin dan muslimah BAKIT negeri dan pusat.
Antara pengisian program tersebut adalah tazkirah motivasai yang di sampaikan oleh Ustaz Yasuruddin yang juga merupakan seorang penceramah bebas terkenal di Perak. Solat Zohor berjemaah telah didirikan di penghujung program tersebut. Sesungguhnya program semulia ini telah mengukirkan senyuman kepada setiap hadirin terutama anak-anak yatim pada hari tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Feb-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Sambutan Maal Hijrah Asrama Baitul Ummah
|
|
Alhamdulillah Asrama Baitul Ummah telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah seperti berikut:
Tarikh : 17 Februari 2007 (Sabtu)
Waktu : 8pm - 10pm
Tempat : Asrama Baitul Ummah, NO 33 JALAN 3D/6, TAMAN SETAPAK INDAH, 53300 KUALA LUMPUR
BAKIT telah menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM1000 kepada Asrama Baitul Ummah pada majlis tersebut. BAKIT diwakili oleh Pn Zaharah Osman (Ketua Biro Kebajikan Helwa), En Zulkafli Othman (BAKIT KL) dan Tn Hj Abu Hassan Abd Rashid ke majlis tersebut. Antara aktiviti pada malam tersebut adalah ceramah agama oleh Ustaz Sobri Ghani, persembahan oleh anak-anak yatim Baitul Ummah, solat Isyak berjemaah dan jamuan makan.
http://www.baitul-ummah.org/index.html
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program ‘Turun Padang’ - banjir di Muar
|
|
Program ‘Turun Padang’ ini telah dijalankan pada 24 Januari 2006 / Rabu. Program ini melibatkan ahli-ahli Kelab TM Malaysia dan anggota TM di Ibu Pejabat juga BAKIT.
Tahniah kepada semua warga TM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha kita yang kecil ini membantu melegakan dan menenangkan mangsa2 banjir yang terlibat..
note: hanya sebahagian sahaja gambar yang dapat di upload atas sebab terlalu banyak gambar
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari pembungkusan dan penyerahan sumbangan palestin
|
|
packing : 15 & 16 Januari 2007 - di tkt 2, Wisma TM (Bilik Pn Hairiah)
17/1/07 - Hantar barang-barang yang sudah di packing ke Pejabat Aman Palestin di Bangi
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Dec-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL KUMPULAN TM
|
 |
|
Antara ibu tunggal TM yang terpilih
|
|
 |
|
kak Mazeni - antara AJK yang sibuk menguruskan peserta
|
|
 |
|
Che Da dan Pn Rose
|
| | View all 60 photos... |
|
SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL KUMPULAN TM UNTUK PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2007
Alhamdulillah pada hari Jumaat, 8 Disember 2006 bersamaan 17 Zulkaedah 1427H yang lalu Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia ( BAKIT ) Pusat dengan kerjasama Lajnah Muslimah / Helwa telah menyampaikan sumbangan beg sekolah dan wang tunai berjumlah RM4,930.00 kepada lima puluh dua (52) orang anak-anak yatim dan dua puluh empat ( 24 ) orang ibu-ibu tunggal anggota Kumpulan TM di Ibu Pejabat dan sekitar Kawasan Lembah Klang. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mustopha Ahmed, Pengurus Besar Perniagaan TM Negeri Kelantan merangkap Yang DiPertua BAKIT Pusat. Turut hadir Dr. Faridah Maarof, Ketua Lajnah Muslimah / Helwa BAKIT Pusat.
Semoga dengan sumbangan ini akan dapat meringankan lagi bebanan ibu-ibu tunggal anggota Kumpulan TM untuk persediaan persekolahan anak-anak mereka dan mencerikan anak-anak yatim Kumpulan TM menjelang persekolahan tahun 2007 nanti.
BAKIT juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memberikan maklumat mengenai anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal dalam Kumpulan TM ( Mengikut Negeri / Kawasan masing-masing ) untuk diberi bantuan yang sewajarnya mengikut kemampuan seadanya, insya Allah.
Sekian. Terima kasih.
Sumbangan Oleh:
MOHD LAZIM BIN MOHD YASSIN
Setiausaha Agung
BAKIT Pusat
10 Disember 2006
bersamaan 19 Zulkaedah 1427H
note: untuk mendapatkan gambar saiz sebenar sila berhubung dengan kay atau zanisa.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Nov-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lawatan ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur
|
|
Pada hari Khamis, 16 November 2006 / 24 Syawal 1427H, Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Ibu Pejabat & Kuala Lumpur telah mengadakan Program Kesyukuran Kami Keceriaanmu iaitu dengan membuat lawatan ke wad kanak-kanak, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur ( HKL ) dari jam 9:00 pagi – 1:00 petang.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menunjukan BAKIT mewakili TM amat prihatin dan simpati kepada golongan yang sakit dan terlantar di wad hospital terutamanya kanak-kanak yang tidak dapat bergembira seperti kanak-kanak lain sempena Hari Raya Eidul Fitri 1427H yang lalu. Sempena lawatan ini, BAKIT IP&KL telah menceriakan kanak-kanak tersebut dengan memberi sumbangan hamper kuih raya dan mainan kepada lebih kurang 350 orang kanak-kanak di Institut Pedriatik HKL. Walaupun lawatan ini singkat tetapi amat bermakna kepada mereka.
Lawatan ini telah diketuai oleh Tn. Hj. Mustopha Ahmed, Yang DiPertua BAKIT Pusat, Tn. Hj. Yusuff Ibrahim, Pemangku Yang DiPertua BAKIT IP&KL, Dr. Faridah Maarof, Ketua Lajnah Helwa dan disertai oleh dua puluh (20) orang anggota Kumpulan TM yang merupakan ahli BAKIT Pusat, IP&KL dan BAKIT Helwa.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ASRAMA ANAK YATIM NURUL IMAN - KG MANJOI, IPOH
|
|
|
|
|
|
|